Sunday, August 23, 2009

ADUN LUNAS KELUAR PKR

Apa dah jadi dengan PKR ni? Selepas seorang-seorang kular parti. Kalau cam ni.....camna nak perintah negara...rosak.


Kalau ada rasa nak perintah negara.....buat le perkara baik...biar rakyat percaya. jangan asyik dok mengutuk UMNO je. Ni kan paku dulang paku serepih..nagata orang, kita yang lebih.

Thursday, August 13, 2009

PENDUDUK KAMPUNG BUAH PALA DERITA


Baca berita akhbar hari ini.....rasa sedih di hati saya melihat derita penduduk kampung Buah Pala merempak di negeri sendiri. Apa boleh buat....orang Penang nak sangat DAP merintah.....terima je lah. Ini baru kampung Buah Pala tengok je lah....ada lagi kampung lain yang kene kerja dia orang nanti.
Sebab tu lah kita ni kena fikir betul-betul...sapa kita nak pilih jadi pemimpin......Kita kena kaji ...silap pilih dapat pemimpin firaun.....lanun. Hari tu BN.....dah elok dah. Nak tukar sangat pemimpin...ini jadinya. Terima je lah

Wednesday, August 12, 2009

POLITIK ULAMA

Kalau ulama dah ada kepentingan politik...maruah sangup digadai.... agama boleh tergadai. Apa taknya....penghianat bangsa di belanya. Tak penghianat bangsa lagi ke....nak uasaha bawa balik Chen Peng(bapak komunis) ke negara kita.
Dahlah tu......orang kafir hina Islam pun.....kata boleh....eh.eh.eh...ulama apa macam ni. Pakai seban besar cakap tak serupa bikin. Apa taknya kalau dah ada kepentingan politik.
Pada hal orang PKR tu dah buat macam-macam kat parti PAS tapi...tak pa...tak pa...Apa ni? sanggup pula tu berkawan dengan DAP ...bapak anti Islam....eh.eh.eh...ulama apa ni?
Orang UMNO nak berbaik dengan PAS kata UMNO tak ikhlas!!!!! Ya lah kalau ulama dah ada kepentingan politik...sangup buat apa saja. Hak dia semua baik. Rosak agama, bangsa dan negara.
JANGAN HINA ISLAM..........


Orang bukan Islam jangan menghina orang Islam ......buruk padahnya. Ini negara Malaysia, tanah tumpah orang Melayu(Islam). Orang bukan Islam kena sedar asal usul mereka.......Kita dah setuju masa nak merdeka dahulu.....nak beri kewarganegaraan dan akui Islam sebagai agama rasmi negara dan hak keistimewaan orang Melayu....kena ingat tu.
Kita semua rakyat malaysia sama sahaja. Kita nak hidup aman damai...tak nak bergaduh. Kenalah hormat orang lain. Orang Melayu hormat orang bukan Islam...jadi demo kenalah hormat sama. Barulah kita tak gaduh. Ingat tu............

Monday, August 3, 2009

PERHIMPUNAN HARAN DI KL MEROSAKKAN NEGARA

Kata nak buat perhimpunan....nak bantah supaya kerajaan hapus ISA. Tapi nampak gayanya bukannya nak buat perhimpunan ...nak bantah ISA tapi nak buat rusuhan sebenarnya. Ini agenda sebenarnya dalang yang merancangnya.
Kan saya dah kata sebelum ni....mereka ni sebenarnya nak merosakkan imej negara. Kononya nak tunjuk pada dunia bahawa kerajaan Malaysia zalim. Jahat betul mereka ni. Yang paling sedihnya....90% orang Melayu.
Kalau ya pun nak bantak ISA buatlah surat memorendum dan jumpa Perdana Menteri dan bincang .....bukanya buat rusuhan. Macam ni punya perangai.....tapi ada juga yang sokong. Sedih.
Dah la tu menyusahkan orang ramai pula. Apa taknya...banyak kedai kena tutup...orang nak cari makan tak boleh...orang nak bekerja tak boleh...lepas tu mengotor bandar lagi. Sedih betul.
Orang macam ni tak layak nak jadi rakyat Malaysia.

Friday, July 31, 2009

PM LANCAR TABUNG AMANAH SAHAM 1MALAYSIA

PM telah pun melancarkan tabung saham amanah 1Malaysia(AS 1Malaysia) kepada semua rakyat Malaysia. Apa kita tunggu lagi.....beli la demi masa depan keluarga kita.
Tabung AS 1Malaysia ni bagus....ia tindakan bijak PM demi untuk memastikan rakyat Malaysia senang di masa hadapan. Kalau tak beli rugi.....ini dok asyik beli saham skim cepat kaya...buat apa.
AS 1 Malaysia ni merupakan antara 11 hadiah istimewa yang diumumkan PM. Ia merupakan satu hadiah untuk rakyat. Macam ni punya perihatin pemimpin untuk rakyat.....tak tahu lah saya kenapa masih ada orang tak suka pada BN.
Yakinlah tuan-puan...PM buat ni untuk kebaikan...bukanya nak tipu rakyat. Beri peluang pada beliau nak menerajui negara....kita tengok apa dia buat untuk negara dan rakyat. Janga cepat buat tuduhan melulu...kata dia tak sesuai jadi PM. Jangan dengar pihak yang tidak bertanggung jawab membuat tuduhan yang tak baik. Beli dulu AS 1 Malaysia ni.......lihat hasilnya.... baru kita boleh tentukan betul atau tidak.

Wednesday, July 29, 2009

PERHIMPUNAN BANTAH ISA


Hujung minggu ini ada pihak menganjurkan untuk mengadakan demontrasi jalanan nak bantah ISA. Saya nak nasihat tak payahlah nak ikut mereka ini, tak pasal kita masuk lokap. Baik kita rehat kat rumah dengan keluarga. Pegi pastinya duit habis kena belanja makan-minum, minyak kereta, tempat tingggal dan lain-lain lagi. Penat pula tu. baik kita fikir cam na nak tambah pendapatan supaya anak bini kita tak hidup susah. Kalau pegi kena tangkap polis, bukan je kita yang susah tapi anak bini kita susah juga.
Kita kena fikir! Orang yang menganjur demontrasi jalanan ni siapa? pasal apa dia nak buat demontrasi. Teruk sangat ke Akta ISA ni?
Kita kena fikir juga! selama ni berapa ramai dah orang kena tahan ISA? lepas tu siapa orang yang kena tahan. Mereka ni semuanya orang yang bermasalah dengan negara. Dia nak buat sesuka hati nak merosak suasana keamanan negara. Jadi dia buatlah bantahan supaya Akhta ISA ni di hapuskan. Kita ni yang tak ada apa-apa masalah..... buat apa nak cari masalah.
Kan negara kita dah aman dah. buat apa kita nak merosakkan keharmonian dan keamanan negara kita ni?
Kalaulah kita ni asyik nak buat demontrasi jalanan, memprak-peranda negara. Negara kita ni pastinya tidak akan aman. Bila negara tidak aman...ekonomi akan jatuh sebab pelabur akan lari...politik tak stabil. nak ke kita jadi macam ni.
Nak kita???? Jadi negara macam Indonesia , Thailand, Kemboja, Pakistan. Politik tak stabil, ekonomi jatuh sebab rakyat dia asyik buat demontrasi tak puas hati kepada kerajaan.
Kerja-kerja nak buat demontrasi ni kerja orang politik....nak menjatuhkan kerajaan BN. Kita jangalah jadi macam dia orang ni sebab mereka ada kepentingan peribadi. Kita biarlah jadi orang politik profesional seperti negara barat. Dia orang berpolitik masa pilihanraya je. Habis pilihanraya dia orang tak ada nak gaduh ke nak demontrasi ke. Dia orang baik belaka tak kira parti mana. Kita ni kalau parti lain-lain tak sokong dah.