Tuesday, April 21, 2009

PARTI PAKATAN RAKYAT PENING

Parti Pakatan Rakyat(PKR) keliru dengan pendekatan yang di bawa oleh Dato' Najib. Ialah... Dato' najib pemimpin yang suka buat kerja...selalu fikir dengan masalah rakyat. Bukanya suka cerita kosong macam pemimpin PKR.
Dato' najib kata, "kita tak nak bertanding di DUN Penanti, kita nak buat kerja bagaimana nak membantu rakyat". Tambahnya lagi, " tak ada faedahnya kita bertanding, menang, kalah sama sahaja. Lebih baik kita fikir bagaimana nak membantu rakyat".
Hai! pening PKR. Tak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya, BN tak bertanding. Ini satu idea yang bijak oleh Dato' Najib.
Lepas tu mulalah Anuar Ibrahim pening, katanya," BN hipokrit". Apanya hipokrit. Orang tak nak bertanding. Orang punya pasal la. Yang awak susah tu pasal apa. Dia ingat... dia orang tu bijak. Dato' Najib lagi bijak.
Pemimpin PKR tak usah fikir pasal BN la. Fikir bagaimana nak menyelesaikan masalah dalam dalam PKR tu sudah la. Ini masalah dalaman awak pun tak selesai, nak kacau rumah tangga orang. Macam ni ke nak jadi pemimpin negara.
Ni satu lagi. pemimpin PKR yang dah tersebar gambar bogel pun masih nak jadi pemimpin rakyat. Takmalu ke?..... macam mana dia nak buat kerja untuk rakyat. Semua orang tahu masalah sosialnya. Hai.....hairan den...........Kalaulah macam ni gayanya pemimpin PKR.....tak tahulah saya kalau pengundi masih nak sokong parti PKR ni........

Sunday, April 19, 2009

HORMATI RAJA

Kita orang Melayu perlu hormati raja kerana ianya simbol kepada ketamadunan orang Melayu. Kalau orang Melayu tak hormati Raja..... siapa lagi yang hormati raja Melayu. Bangsa asing tak akan hormat kepada raja Melayu. Kalau mereka hormat pun....mesti ada sesuatu yang dikehendakinya...samada tanah, projek atau pangkat.
Sama je dengan cerita di Perak. bangsa asing bukanya nak sangat Nizar jadi pemimpin...tapi kerana mereka nak tanah yang telah dijanjikan. Tuan-puan cuba fikir kalau banyak tanah diserahkan kepada mereka mana anak cucu-cikik kita nak tinggal kemudian hari. Kalau macam nilah caranya...rasanya 20 tahun lagi orang Melayu akan merempak di negara sendiri. Sekarang ini kita cma ada kuasa je. Kuasa ekonomi dia orang yang kontrol sekrang. Fikir-fikirlah tuan!!!!!!
Kita kenalah berpijak di bumi nyata. Jangalah kerana taksup kepada pemimpin tertentu kita hilang pedoman. Saya lihat.... yang mmbuat demontrasi dan menentang kepimpinan intitusi di raja bukannya orang lain... tapi... orang Melayu. tak ada pun bangsa lain. Kita ni sebenarnya diperalatkan oleh mereka sahaja.
Dah sampai masanya orang Melayu perlu sedar dan bersatu bagi memperjuangkan maruah bangsa Melayu di Tanah Melayu. Saya setuju dengan hasrat dan idea Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang, UMNO dan PAS perlu bersatu kerana ini sajalah parti orang Melayu. Tapi sayangnya ada pemimpin PAS yang tak setuju..... saya tak tahu apa masalahnya.
Saya rasa dah sampai UMNO dan PAS bersatu...pakat-pakatlah berapa kerusi UMNO dan berapa kerusi PAS....ianya bukan orang lain....orang Melayu juga.

Monday, April 13, 2009

PESAN TOK GURU

Dahulu.........
Jangan campur dengan artis .... maksiat.
Jangan libat dengan hiburan.......maksiat .......dosa
Semua hiburan mesti di haramkan........ bawa maksiat
Tok tak nak libat dengan hiburan...artis......takut dosa..........
Kita mesti tegas.....hapuskan maksiat
Perjuangan politik orang Islam tak boleh campur dengan agama lain.....haram.
Parti UMNO haram..... sebab campur dengan orang bukan Islam........
Perjuangan PAS tak campur dengan parti politik bukan Islam
Orang PAS kahwin dengan orang UMNO ......haram
Sekarang.......
Hiburan boleh......tak apa.
Kita kena dekat dengan artis....... nanti tak dapat undi.
Tok pun nak hadir ........ tengok artis buat persembahan.....sekali-sekala tak apa
Menarik juga hiburan ni....terharu tok melihatnya....sampai menitis air mata
Perjuangan parti politik Islam.... boleh berjuang dengan parti politik bukan Islam....untuk kebaikan
Parti PAS boleh bersama dengan parti politik yang menentang perjuangan orang Melayu dan Islam
Orang bukan Islam baca ayat-ayat suci al-quran dalam kempen politik.... tak apa
Perjuangan PAS dan DAP perjuangan rakyat....biar tidur lain...mimpi lain?
Apa punya cerita ni??????????????????????
Tak faham!!!! Tak faham!!!! Tak faham!!!!!
Kalau macam ni.... rosak....rosak.....rosak....rosak negara
Nak cari undi punya pasal gadai maruah...gadai bangsa.....gadai negara......gadai agama....

Sunday, April 12, 2009

NAJIB JADI PM: MASIH ADA TAK PUAS HATI

Sebelum ni tak puas hati dengan Pak Lah. Kata Pak Lah lemah, tak tegas, terlalu telus dan sebagainya. Kali ni tak puas hati dengan Najib pula? Susah rakyat Malaysia ni, sebab terlalu ramai orang pandai. Agaknya beri kuasa pada orang yang suka komplain ni baru ok agaknya. Biasanya orang macam ni kalau diberi kuasa pada dia lagi tungang-langang negara ni.
Berilah peluang pada Dato' Najib nak mentadbir negara. Janganlah kita ni jadi manusia yang suka komplain orang. Kalau kita jadi manusia yang suka mencari keburukan orang dan nak menjatuhkan orang, tak aman negara kita ni. Kita kenalah positif....tengok kebaikan Dato' Najib, bukanya keburukan dia kta tengok. Dia tu manusia biasa macam kta juga yang tak sunyi melakukan kesilapan.
Kita beri peluang Dato' Najib untuk membangunkan negara. Ini tak macam-macam gambar dan atikel di tulis memfitnah Dato' Najib. Ingat tuan!..... Orang yang suka buat fitnah.... akan menerima laknat dari Allah s.w.t samada di dunia dan akhirat.
Ingat jangan sampai nagara kita jadi macam Thailand..........sekarang ni Thailang sukar untuk mecari kedamaian. Kalau tuan suka nagara kita jadi macam Thailand... tuan tak layak untuk menjadi warga negara Malaysia.
Ma'af... saya becakap sebagai seorang insan yang cintakan kedamaian, kemakmuran dan keamanan negara. Ini negara saya... hidup dan mati saya di negara ini.