Sunday, August 23, 2009

ADUN LUNAS KELUAR PKR

Apa dah jadi dengan PKR ni? Selepas seorang-seorang kular parti. Kalau cam ni.....camna nak perintah negara...rosak.


Kalau ada rasa nak perintah negara.....buat le perkara baik...biar rakyat percaya. jangan asyik dok mengutuk UMNO je. Ni kan paku dulang paku serepih..nagata orang, kita yang lebih.

Thursday, August 13, 2009

PENDUDUK KAMPUNG BUAH PALA DERITA


Baca berita akhbar hari ini.....rasa sedih di hati saya melihat derita penduduk kampung Buah Pala merempak di negeri sendiri. Apa boleh buat....orang Penang nak sangat DAP merintah.....terima je lah. Ini baru kampung Buah Pala tengok je lah....ada lagi kampung lain yang kene kerja dia orang nanti.
Sebab tu lah kita ni kena fikir betul-betul...sapa kita nak pilih jadi pemimpin......Kita kena kaji ...silap pilih dapat pemimpin firaun.....lanun. Hari tu BN.....dah elok dah. Nak tukar sangat pemimpin...ini jadinya. Terima je lah

Wednesday, August 12, 2009

POLITIK ULAMA

Kalau ulama dah ada kepentingan politik...maruah sangup digadai.... agama boleh tergadai. Apa taknya....penghianat bangsa di belanya. Tak penghianat bangsa lagi ke....nak uasaha bawa balik Chen Peng(bapak komunis) ke negara kita.
Dahlah tu......orang kafir hina Islam pun.....kata boleh....eh.eh.eh...ulama apa macam ni. Pakai seban besar cakap tak serupa bikin. Apa taknya kalau dah ada kepentingan politik.
Pada hal orang PKR tu dah buat macam-macam kat parti PAS tapi...tak pa...tak pa...Apa ni? sanggup pula tu berkawan dengan DAP ...bapak anti Islam....eh.eh.eh...ulama apa ni?
Orang UMNO nak berbaik dengan PAS kata UMNO tak ikhlas!!!!! Ya lah kalau ulama dah ada kepentingan politik...sangup buat apa saja. Hak dia semua baik. Rosak agama, bangsa dan negara.
JANGAN HINA ISLAM..........


Orang bukan Islam jangan menghina orang Islam ......buruk padahnya. Ini negara Malaysia, tanah tumpah orang Melayu(Islam). Orang bukan Islam kena sedar asal usul mereka.......Kita dah setuju masa nak merdeka dahulu.....nak beri kewarganegaraan dan akui Islam sebagai agama rasmi negara dan hak keistimewaan orang Melayu....kena ingat tu.
Kita semua rakyat malaysia sama sahaja. Kita nak hidup aman damai...tak nak bergaduh. Kenalah hormat orang lain. Orang Melayu hormat orang bukan Islam...jadi demo kenalah hormat sama. Barulah kita tak gaduh. Ingat tu............

Monday, August 3, 2009

PERHIMPUNAN HARAN DI KL MEROSAKKAN NEGARA

Kata nak buat perhimpunan....nak bantah supaya kerajaan hapus ISA. Tapi nampak gayanya bukannya nak buat perhimpunan ...nak bantah ISA tapi nak buat rusuhan sebenarnya. Ini agenda sebenarnya dalang yang merancangnya.
Kan saya dah kata sebelum ni....mereka ni sebenarnya nak merosakkan imej negara. Kononya nak tunjuk pada dunia bahawa kerajaan Malaysia zalim. Jahat betul mereka ni. Yang paling sedihnya....90% orang Melayu.
Kalau ya pun nak bantak ISA buatlah surat memorendum dan jumpa Perdana Menteri dan bincang .....bukanya buat rusuhan. Macam ni punya perangai.....tapi ada juga yang sokong. Sedih.
Dah la tu menyusahkan orang ramai pula. Apa taknya...banyak kedai kena tutup...orang nak cari makan tak boleh...orang nak bekerja tak boleh...lepas tu mengotor bandar lagi. Sedih betul.
Orang macam ni tak layak nak jadi rakyat Malaysia.

Friday, July 31, 2009

PM LANCAR TABUNG AMANAH SAHAM 1MALAYSIA

PM telah pun melancarkan tabung saham amanah 1Malaysia(AS 1Malaysia) kepada semua rakyat Malaysia. Apa kita tunggu lagi.....beli la demi masa depan keluarga kita.
Tabung AS 1Malaysia ni bagus....ia tindakan bijak PM demi untuk memastikan rakyat Malaysia senang di masa hadapan. Kalau tak beli rugi.....ini dok asyik beli saham skim cepat kaya...buat apa.
AS 1 Malaysia ni merupakan antara 11 hadiah istimewa yang diumumkan PM. Ia merupakan satu hadiah untuk rakyat. Macam ni punya perihatin pemimpin untuk rakyat.....tak tahu lah saya kenapa masih ada orang tak suka pada BN.
Yakinlah tuan-puan...PM buat ni untuk kebaikan...bukanya nak tipu rakyat. Beri peluang pada beliau nak menerajui negara....kita tengok apa dia buat untuk negara dan rakyat. Janga cepat buat tuduhan melulu...kata dia tak sesuai jadi PM. Jangan dengar pihak yang tidak bertanggung jawab membuat tuduhan yang tak baik. Beli dulu AS 1 Malaysia ni.......lihat hasilnya.... baru kita boleh tentukan betul atau tidak.

Wednesday, July 29, 2009

PERHIMPUNAN BANTAH ISA


Hujung minggu ini ada pihak menganjurkan untuk mengadakan demontrasi jalanan nak bantah ISA. Saya nak nasihat tak payahlah nak ikut mereka ini, tak pasal kita masuk lokap. Baik kita rehat kat rumah dengan keluarga. Pegi pastinya duit habis kena belanja makan-minum, minyak kereta, tempat tingggal dan lain-lain lagi. Penat pula tu. baik kita fikir cam na nak tambah pendapatan supaya anak bini kita tak hidup susah. Kalau pegi kena tangkap polis, bukan je kita yang susah tapi anak bini kita susah juga.
Kita kena fikir! Orang yang menganjur demontrasi jalanan ni siapa? pasal apa dia nak buat demontrasi. Teruk sangat ke Akta ISA ni?
Kita kena fikir juga! selama ni berapa ramai dah orang kena tahan ISA? lepas tu siapa orang yang kena tahan. Mereka ni semuanya orang yang bermasalah dengan negara. Dia nak buat sesuka hati nak merosak suasana keamanan negara. Jadi dia buatlah bantahan supaya Akhta ISA ni di hapuskan. Kita ni yang tak ada apa-apa masalah..... buat apa nak cari masalah.
Kan negara kita dah aman dah. buat apa kita nak merosakkan keharmonian dan keamanan negara kita ni?
Kalaulah kita ni asyik nak buat demontrasi jalanan, memprak-peranda negara. Negara kita ni pastinya tidak akan aman. Bila negara tidak aman...ekonomi akan jatuh sebab pelabur akan lari...politik tak stabil. nak ke kita jadi macam ni.
Nak kita???? Jadi negara macam Indonesia , Thailand, Kemboja, Pakistan. Politik tak stabil, ekonomi jatuh sebab rakyat dia asyik buat demontrasi tak puas hati kepada kerajaan.
Kerja-kerja nak buat demontrasi ni kerja orang politik....nak menjatuhkan kerajaan BN. Kita jangalah jadi macam dia orang ni sebab mereka ada kepentingan peribadi. Kita biarlah jadi orang politik profesional seperti negara barat. Dia orang berpolitik masa pilihanraya je. Habis pilihanraya dia orang tak ada nak gaduh ke nak demontrasi ke. Dia orang baik belaka tak kira parti mana. Kita ni kalau parti lain-lain tak sokong dah.

Tuesday, July 28, 2009

ULAMA AKHIR ZAMAN

Sekarang ini kita pening nak bezakan antara ulama dengan orang bukan ulama. Dahulu kala...ulama ni sembanhyangnya tak pernah tinggal, malah tak pernah bersembahyang bersendirian(selalu berjemaah), tak suka mengata orang, tak mudah menjatuhkan hukum, tak suka hiburan, tak suka menghina orang dan sebagainya.
Malah ulama dahulu tak suka buruk sangka terhadap orang lain, bersifat pemaaf, rendah diri, suka bermusyuaraf(berbincang) bagi membincangkan sesuatu perkara, sifat baik sangka, tak suka fitnah atau mengata orang, suka perpaduan dan berbagai lagi sifat mulia.
Tapi ulama zaman sekarng ini....? lain pula ceritanya. Susah nak kita fikirkan...tapi ulama macam inilah yang ramai diikuti orang.
Ulama sekarang... Dia kata dia ulama....tapi suka mangata orang. Orang nak bebaik, nak bersatu padu tapi dia tolak. Malah letak syarat pula tu.... ULAMA KE MACAM NI.
Ulama sekarang suka menuduh orang macam-macam...kafirla.....macam ayah Pin lah...komunis lah. ULAMA ke MACAM NI.
Dulu kata kalau orang Islam berkawan dengan orang bukan Islam...KAFIR. Tapi bila dia berkawan dengan orang bukan Islam...yang menentang Islam pula tu......tak apa pula. ULAMA KE MACAM NI.
Fikir-fikirlah....untuk agama bangsa dan negara.

Thursday, June 18, 2009

JERAT BINI MUDA

Keinginan segelintir lelaki merasai nikmat beristeri dua dengan mengahwini wanita muda dari negara jiran akhirnya menjerat diri apabila wanita asing itu lebih berminat mengikis harta suaminya. Itulah nasib yang telah dialami oleh seorang warga emas yang kerugian kira-kira RM50,000 angkara cinta palsu wanita negara jiran.

Kejadian ditinggal isteri kedua itu ibarat seperti sudah jatuh ditimpa tangga dan dianggap perkara biasa, namun kesedaran masyarakat negara ini masih kurang menyebabkan mereka mudah terpedaya.

Tuesday, June 9, 2009

DI DERA MAJIKAN TIGA TAHUN

Kasihan Siti Hajar telah didera oleh majikanya setiap hari...disimbah air panas. Apa!!! ingat dia ni binatang ke? Apa jenis majikan ni.

Dia juga hanya diberikan makan nasi putih je.....tak diberi laut. Kalau nak makan laut diberinya daging babi. Dah la tak dibayar gaji bulananya. Diseksa pula seperti binatang. Apa jenis manusiamajikanya ini.

kalau tuan nak tahu lebih lanjut cerita kesidihan Siti Hajar ini bacalah akbar Harian Metro, 9 Jun, 2009.

Tuesday, April 21, 2009

PARTI PAKATAN RAKYAT PENING

Parti Pakatan Rakyat(PKR) keliru dengan pendekatan yang di bawa oleh Dato' Najib. Ialah... Dato' najib pemimpin yang suka buat kerja...selalu fikir dengan masalah rakyat. Bukanya suka cerita kosong macam pemimpin PKR.
Dato' najib kata, "kita tak nak bertanding di DUN Penanti, kita nak buat kerja bagaimana nak membantu rakyat". Tambahnya lagi, " tak ada faedahnya kita bertanding, menang, kalah sama sahaja. Lebih baik kita fikir bagaimana nak membantu rakyat".
Hai! pening PKR. Tak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya, BN tak bertanding. Ini satu idea yang bijak oleh Dato' Najib.
Lepas tu mulalah Anuar Ibrahim pening, katanya," BN hipokrit". Apanya hipokrit. Orang tak nak bertanding. Orang punya pasal la. Yang awak susah tu pasal apa. Dia ingat... dia orang tu bijak. Dato' Najib lagi bijak.
Pemimpin PKR tak usah fikir pasal BN la. Fikir bagaimana nak menyelesaikan masalah dalam dalam PKR tu sudah la. Ini masalah dalaman awak pun tak selesai, nak kacau rumah tangga orang. Macam ni ke nak jadi pemimpin negara.
Ni satu lagi. pemimpin PKR yang dah tersebar gambar bogel pun masih nak jadi pemimpin rakyat. Takmalu ke?..... macam mana dia nak buat kerja untuk rakyat. Semua orang tahu masalah sosialnya. Hai.....hairan den...........Kalaulah macam ni gayanya pemimpin PKR.....tak tahulah saya kalau pengundi masih nak sokong parti PKR ni........

Sunday, April 19, 2009

HORMATI RAJA

Kita orang Melayu perlu hormati raja kerana ianya simbol kepada ketamadunan orang Melayu. Kalau orang Melayu tak hormati Raja..... siapa lagi yang hormati raja Melayu. Bangsa asing tak akan hormat kepada raja Melayu. Kalau mereka hormat pun....mesti ada sesuatu yang dikehendakinya...samada tanah, projek atau pangkat.
Sama je dengan cerita di Perak. bangsa asing bukanya nak sangat Nizar jadi pemimpin...tapi kerana mereka nak tanah yang telah dijanjikan. Tuan-puan cuba fikir kalau banyak tanah diserahkan kepada mereka mana anak cucu-cikik kita nak tinggal kemudian hari. Kalau macam nilah caranya...rasanya 20 tahun lagi orang Melayu akan merempak di negara sendiri. Sekarang ini kita cma ada kuasa je. Kuasa ekonomi dia orang yang kontrol sekrang. Fikir-fikirlah tuan!!!!!!
Kita kenalah berpijak di bumi nyata. Jangalah kerana taksup kepada pemimpin tertentu kita hilang pedoman. Saya lihat.... yang mmbuat demontrasi dan menentang kepimpinan intitusi di raja bukannya orang lain... tapi... orang Melayu. tak ada pun bangsa lain. Kita ni sebenarnya diperalatkan oleh mereka sahaja.
Dah sampai masanya orang Melayu perlu sedar dan bersatu bagi memperjuangkan maruah bangsa Melayu di Tanah Melayu. Saya setuju dengan hasrat dan idea Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang, UMNO dan PAS perlu bersatu kerana ini sajalah parti orang Melayu. Tapi sayangnya ada pemimpin PAS yang tak setuju..... saya tak tahu apa masalahnya.
Saya rasa dah sampai UMNO dan PAS bersatu...pakat-pakatlah berapa kerusi UMNO dan berapa kerusi PAS....ianya bukan orang lain....orang Melayu juga.

Monday, April 13, 2009

PESAN TOK GURU

Dahulu.........
Jangan campur dengan artis .... maksiat.
Jangan libat dengan hiburan.......maksiat .......dosa
Semua hiburan mesti di haramkan........ bawa maksiat
Tok tak nak libat dengan hiburan...artis......takut dosa..........
Kita mesti tegas.....hapuskan maksiat
Perjuangan politik orang Islam tak boleh campur dengan agama lain.....haram.
Parti UMNO haram..... sebab campur dengan orang bukan Islam........
Perjuangan PAS tak campur dengan parti politik bukan Islam
Orang PAS kahwin dengan orang UMNO ......haram
Sekarang.......
Hiburan boleh......tak apa.
Kita kena dekat dengan artis....... nanti tak dapat undi.
Tok pun nak hadir ........ tengok artis buat persembahan.....sekali-sekala tak apa
Menarik juga hiburan ni....terharu tok melihatnya....sampai menitis air mata
Perjuangan parti politik Islam.... boleh berjuang dengan parti politik bukan Islam....untuk kebaikan
Parti PAS boleh bersama dengan parti politik yang menentang perjuangan orang Melayu dan Islam
Orang bukan Islam baca ayat-ayat suci al-quran dalam kempen politik.... tak apa
Perjuangan PAS dan DAP perjuangan rakyat....biar tidur lain...mimpi lain?
Apa punya cerita ni??????????????????????
Tak faham!!!! Tak faham!!!! Tak faham!!!!!
Kalau macam ni.... rosak....rosak.....rosak....rosak negara
Nak cari undi punya pasal gadai maruah...gadai bangsa.....gadai negara......gadai agama....

Sunday, April 12, 2009

NAJIB JADI PM: MASIH ADA TAK PUAS HATI

Sebelum ni tak puas hati dengan Pak Lah. Kata Pak Lah lemah, tak tegas, terlalu telus dan sebagainya. Kali ni tak puas hati dengan Najib pula? Susah rakyat Malaysia ni, sebab terlalu ramai orang pandai. Agaknya beri kuasa pada orang yang suka komplain ni baru ok agaknya. Biasanya orang macam ni kalau diberi kuasa pada dia lagi tungang-langang negara ni.
Berilah peluang pada Dato' Najib nak mentadbir negara. Janganlah kita ni jadi manusia yang suka komplain orang. Kalau kita jadi manusia yang suka mencari keburukan orang dan nak menjatuhkan orang, tak aman negara kita ni. Kita kenalah positif....tengok kebaikan Dato' Najib, bukanya keburukan dia kta tengok. Dia tu manusia biasa macam kta juga yang tak sunyi melakukan kesilapan.
Kita beri peluang Dato' Najib untuk membangunkan negara. Ini tak macam-macam gambar dan atikel di tulis memfitnah Dato' Najib. Ingat tuan!..... Orang yang suka buat fitnah.... akan menerima laknat dari Allah s.w.t samada di dunia dan akhirat.
Ingat jangan sampai nagara kita jadi macam Thailand..........sekarang ni Thailang sukar untuk mecari kedamaian. Kalau tuan suka nagara kita jadi macam Thailand... tuan tak layak untuk menjadi warga negara Malaysia.
Ma'af... saya becakap sebagai seorang insan yang cintakan kedamaian, kemakmuran dan keamanan negara. Ini negara saya... hidup dan mati saya di negara ini.

Sunday, February 8, 2009

ORANG DURHAKA - HUKUMAN PANCUNG KEPALA

9 FEBRUARI, 2009

Zaman dahulu kala, orang yang durhaka kepada sultan mesti kena pancung kepala di hadapan khalayak ramai. Begitu juga yang di amalkan kepada di zaman pemerintahan raja Cina, siapa sahaja yang di dapati melawan atau duehaka, akan di pancung kepala. Kalau difikirkan amalan ini patut di amalkan sekarang supaya rakyat tidak sewenang-wenang mendurhaka kepada sultan.
Hang Tuah sendiri pernah di titahkan oleh sultan supaya di bunuh kerana dikatakan mendurhaka kepada sulta, wal hal beliau di fitnah. Tapi... beliau reda dengan hukuman yang dijatuhkan kepada beliau kerana memikir akibat kepada negara kalau beliau melawan. Bagaimana pun, beliau tidak di bunuh oleh Bendehara Melaka kerana beliau tahu Hang Tuah di fitnah.
Kalaulah amalan pancung kepala ini di amalkan sekarang ini, rasanya negara kita ni aman. Tak ada orang yang berani menderhaka kepada sultan atau raja. Tambahan lagi bangsa asing yang menderhaka kepada sultan..... lama dah kena pancung kepala.
Mentang-mentanglah Malaysia mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara, sultan nak di ganyangnya.....tak sedar diri sungguh. Kita ni biarlah berpijak di bumi nyata....jagan jadi kaduk naik jungjung. Sedarlah diri sikit....

Sunday, February 1, 2009

KENAPA PAS TAKUT PERALIHAN KUASA

2 FEBRUARI, 2009

Pembangkang sekarang ini sibuk sangat pasal peralihan kuasa dalam UMNO. Kenapa orang PAS perlu susah hati? Ini masalah dalaman UMNO. PAS tak perlu fikir! Suka sangat camputangan dalam hal rumah tangga orang lain. tak payah la... nak ganggu masalah dalaman UMNO.
PAS pun ada masalah dalaman juga... bukanya kita tak tahu. Kalau dah berpakat dengan DAP dan PKR tu... selesailah dengan mereka. Ni... kata parti pakatan rakyat.... tapi masing-masing bermuka-muka sesama sendiri.
Apa pasal taku ke?! Datuk Najib jadi Perdana Menteri Malaysia!... Jangan ingat bila Dato Najib jadi Perdana Menteri Malaysia negara akan hancur.... ... yang pastinya parti pakatan rakyat akan hancur. Insyaaalah bila bila berlakunya peralihan kuasa nanti.... negara kita akan bertambah maju dan makmur.... rakyat akan hidup senang.
Biarlah kita ni bersikap positif. Kita sama-sama berdoa... memohon kepada Allah s.w.t supaya negara kita bertambah maju dan makmur bila berlakunya peralihan kuasa nanti. Kita berikan sokongan kepada Dato Najib dan kepimpinannya untuk memajukan negara. Bukanya memburu-burukkan beliau.
Kita biarlah berfiran positif... bukanya negatif. Barulah negara maju dan kita dapat hidup aman damai.

Tuesday, January 27, 2009

POLITIK MALAYSIA

28 JANUARI, 2009

PKR Berangan Nak Merintah Negara.....

Saya tak faham kerja orang PKR ni? mereka ni berangan nak merintah negara ke atau nak memecah belahkan perpaduan orang Melayu.
Sekarang ni di Pahang Dato' Fauzi Abd Rahman, bekas Setiasaha Parlimen Kementerian Penerangan Malaysia buat 'road show'. Katanya, nak berjumpa dengan rakyat, nak beri penjelasan bawaha rakyat lebih selesa di bawah pemerintahan PKR. Tapi, saya lihat program PKR di Felda lepar Hilir 1, Dato' Fauzi bukannya nak memberikan penjelasan kepada rakyat, tapi nak cari pengaruh pengundi. Malah PKR tak jujur dengan penduduk Felda Lepar Hilir. Di jemputnya orang ramai, katanya majlis kenduri, tapi sebenarnya program politik PKR nak supaya hadir program anjuran mereka. Orang ramai betul-betul tertipu oleh PKR. malah dipaksanya orang yang hadir supaya mengisi borang keahlian PR.
Kata Dato Fauzi, rakyat lebih selesa dibawah pentadbiran PKR. Saya tak nampak langsung rakyat selesa di negeri pemerintahan PKR. Pentadbiran tungang-langang ada la. Kalau macam ni gaya PKR saya raya hancur negara, yang lebih malang lagi orang Melayu.
Kalau lah macam ni gayanya orang Melayu, memburuk sama sendiri. berpecah belah. Nascaya suatu masa nanti orang Melayu akan merempak di negara sendiri. Yang beroleh keuntungan bangsa lain.
Tuan! sedarlah dan insaflah. Biar kita berpijak di bumi nyata. Marilah kita bersatu padu. UMNO tu ok dah. Apa yang tak ok tu hanya segenlintir pemimpin UMNO saja. jadi mari kita berpakat beramai-ramai, bersatu dalam UMNO dan kita 'rejeck' pemimpin UMNO yang tak berguna. Bukanya masuk PKR, lepas tu buat demontrasi, menentang kerajaan. Lepas tu tuan-tuan kena tangkap masuk penjara. Pemimpin PKR terlepas. tak ke bodoh kita ni.
Tuan, saya bukanya tak kenal Dato Fauzi. Baik sangat ke dia semasa dalam UMNO? Dulu masa dalam UMNO asyik hentap PAS je, sekarang berkawan dengan mereka pulak. Betul ke ni? Dah kalah dalam pemilihan UMNO Bahagian, lompat masuk PR. Dah kalah tu terima je lah. Dia pun bukanya tak dapat projek dengan UMNO!