Sunday, February 8, 2009

ORANG DURHAKA - HUKUMAN PANCUNG KEPALA

9 FEBRUARI, 2009

Zaman dahulu kala, orang yang durhaka kepada sultan mesti kena pancung kepala di hadapan khalayak ramai. Begitu juga yang di amalkan kepada di zaman pemerintahan raja Cina, siapa sahaja yang di dapati melawan atau duehaka, akan di pancung kepala. Kalau difikirkan amalan ini patut di amalkan sekarang supaya rakyat tidak sewenang-wenang mendurhaka kepada sultan.
Hang Tuah sendiri pernah di titahkan oleh sultan supaya di bunuh kerana dikatakan mendurhaka kepada sulta, wal hal beliau di fitnah. Tapi... beliau reda dengan hukuman yang dijatuhkan kepada beliau kerana memikir akibat kepada negara kalau beliau melawan. Bagaimana pun, beliau tidak di bunuh oleh Bendehara Melaka kerana beliau tahu Hang Tuah di fitnah.
Kalaulah amalan pancung kepala ini di amalkan sekarang ini, rasanya negara kita ni aman. Tak ada orang yang berani menderhaka kepada sultan atau raja. Tambahan lagi bangsa asing yang menderhaka kepada sultan..... lama dah kena pancung kepala.
Mentang-mentanglah Malaysia mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara, sultan nak di ganyangnya.....tak sedar diri sungguh. Kita ni biarlah berpijak di bumi nyata....jagan jadi kaduk naik jungjung. Sedarlah diri sikit....

No comments: